Friday, July 24, 2026

TAAT ZUFI ENTERPRISE DIANTARA PENERIMA SIJIL PENSIJILAN HALAL MALAYSIA

SERI PASIFIC HOTEL, KUALA LUMPUR | 17 JULAI 2026

Taat Zufi Enterprise dengan penuh rasa syukur ingin memaklumkan bahawa pihak syarikat telah berjaya memperolehi Sijil Pensijilan Halal Malaysia sempena Majlis Graduasi Pensijilan Halal Usahawan FELCRA Berhad 2025.

En Zulkifli bin Md Rais, usahawan Taat Zufi Enterprise merupakan salah seorang daripada tujuh usahawan FELCRA Berhad yang berjaya menamatkan program pensijilan halal, sekali gus membuktikan komitmen dalam menghasilkan produk yang berkualiti, bersih, selamat serta mematuhi piawaian halal Malaysia.

Majlis penyampaian sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Zainal Abidin bin Haji Alias, Pengarah Hal Ehwal Peserta, FELCRA Berhad, dan turut disaksikan oleh Puan Nor Azhani binti Ab Ghani, Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosio Ekonomi, FELCRA Berhad.

Pencapaian ini menjadi satu lagi langkah penting buat Taat Zufi Enterprise dalam memperkukuhkan keyakinan pengguna terhadap produk yang dihasilkan serta membuka peluang untuk memperluaskan pasaran pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan kepada FELCRA Berhad atas bimbingan dan sokongan yang diberikan kepada usahawan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk Taat Zufi Enterprise terus berkembang, berdaya saing dan mengangkat jenama tempatan ke peringkat yang lebih tinggi.



Share:
Webmaster : aDAM | Copyright © TaatZufi Enterprise | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com