TAAT ZUFI ENTERPRISE : MEMPERKASA KOMUNITI DESA MELALUI KEUSAHAWANAN SOSIAL
1. PROGRAM " 1 RUMAH 2 POKOK MENGKUDU "
Sebagai pengeluar produk berasaskan mengkudu, Taat Zufi Enterprise merancang untuk melaksanakan program "1 RUMAH TANAM 2 BATANG POKOK MENGKUDU" di sekitar kawasan Lubok Cina dan Durian Tunggal.
Melalui program ini:
2. MEWUJUDKAN PELUANG PEKERJAAN KOMUNITI
Selaras dengan perkembangan pengeluaran produk MATMO Coffee, syarikat turut merancang untuk mewujudkan sehingga 100 peluang pekerjaan kepada komuniti desa dalam tempoh tiga tahun.
Melalui gabungan program penanaman mengkudu dan penciptaan peluang pekerjaan, Taat Zufi Enterprise berharap dapat :-
- Meningkatkan pendapatan isi rumah komuniti desa.
- Membantu golongan asnaf dan keluarga berpendapatan rendah.
- Menyediakan peluang pekerjaan kepada belia tempatan.
- Memperkasa suri rumah melalui aktiviti pembungkusan produk dari rumah.
- Merancakkan ekonomi setempat melalui aktiviti keusahawanan dan pemasaran produk tempatan.
Taat Zufi Enterprise percaya bahawa kejayaan sesebuah perniagaan bukan sahaja diukur melalui keuntungan, tetapi juga melalui manfaat yang dapat dikongsi bersama masyarakat. Dengan sokongan komuniti, kami bertekad untuk membina ekosistem ekonomi desa yang lebih mampan, inklusif dan sejahtera.
