Tarikh : 29 Jun – 1 Julai 2026 | Melaka
Saya telah berkesempatan menghadiri Kursus Peningkatan Penguasaan Pendigitalan dan AI Dalam Pengurusan Perniagaan yang dianjurkan dengan bimbingan FELCRA Berhad bertempat di IBIS Hotel, Melaka.
Kursus ini memberi pendedahan berkaitan penggunaan teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) dalam memperkukuhkan pengurusan perniagaan agar lebih cekap, inovatif dan berdaya saing.
Antara pengisian yang diperoleh sepanjang kursus adalah pengenalan kepada pendigitalan dan AI, penggunaan AI dalam pengurusan, pemasaran digital berkesan, analisis data bagi menyokong keputusan perniagaan, automasi proses kerja serta aspek keselamatan digital dan etika penggunaan AI.
Pendedahan ini amat bermanfaat dalam usaha memahami perkembangan teknologi semasa serta membuka peluang untuk memanfaatkan kemudahan digital dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan pembangunan perniagaan.
Terima kasih diucapkan kepada pihak FELCRA Berhad atas penganjuran kursus yang memberi nilai tambah serta ilmu baharu dalam mendepani era perniagaan yang semakin berteraskan teknologi digital dan inovasi
