Thursday, July 30, 2020

PROFAIL SYARIKAT TAAT ZUFI ENTERPRISE

1. PENGENALAN SYARIKAT

Taat Zufi Enterprise merupakan sebuah syarikat bumiputera yang berdaftar dan menjalankan aktiviti pengeluaran serta pemasaran produk berasaskan ekstrak mengkudu. Nama Taat Zufi Enterprise sentiasa dipaparkan pada setiap produk yang dikeluarkan sebagai jaminan terhadap kualiti, keselamatan dan kepuasan pelanggan.

Syarikat ini beroperasi di alamat:

IBU PEJABAT
TAAT ZUFI ENTERPRISE
No. 11, Jalan Terap, Felcra Ramuan China,
78100 Lubok China, Melaka

KILANG

TAAT ZUFI ENTERPRISE
No 35 Jalan Krubong - Pantai Belimbing,
Kampung Beringin,
76100 Durian Tunggal, Melaka.

Komitmen utama syarikat adalah menghasilkan produk yang berkualiti tinggi serta memberi manfaat kepada pengguna melalui penggunaan bahan-bahan semula jadi yang terpilih.

2. PRODUK UTAMA

Produk utama yang dihasilkan oleh syarikat ialah:
  1. MATMO Coffee (Kopi Mengkudu)
  2. Morinda Aroma Theraphy Massage Oil (MATMO)
Keunikan Produk Taat Zufi Enterprise
Produk produk keluaran Taat Zufi Enterprise menampilkan penggunaan buah mengkudu sebagai bahan utama yang memberikan identiti tersendiri kepada jenama syarikat. Melalui gabungan pengetahuan tradisional dan pendekatan pemprosesan moden, syarikat berusaha menghasilkan produk berkualiti, selamat digunakan serta mampu memenuhi kehendak pasaran semasa.
3. LATAR BELAKANG PERNIAGAAN


PerkaraMaklumat
Nama PerniagaanTaat Zufi Enterprise
Alamat PerniagaanNo. 11, Jalan Terap, Felcra Ramuan China, 78100 Lubok China, Melaka
Alamat KilangNo 35 Jalan Krubong - Pantai Belimbing, Kampung Beringin,
76100 Durian Tunggal, Melaka.
No. Telefon010-309 7815
Bentuk PerniagaanPerkongsian
Kegiatan UtamaMemproses dan menjual produk kopi mengkudu dan minyak mengkudu (Aroma Terapi)
Tarikh Pendaftaran28 Februari 2019
No. PendaftaranMA0240893-M
Modal PermulaanRM5,000.00
Nama Bank
Jenis AkaunAkaun Semasa

4. MAKLUMAT PENGURUSAN

Taat Zufi Enterprise merupakan sebuah perniagaan berbentuk perkongsian yang dianggotai oleh dua orang rakan kongsi. Kedua-dua rakan kongsi memainkan peranan penting dalam pengurusan syarikat termasuk pentadbiran, pembangunan produk, pemasaran, pengurusan kewangan dan hubungan pelanggan.

Segala urusan syarikat dijalankan secara profesional serta mematuhi peruntukan undang-undang yang berkaitan. Perkongsian ini tertakluk kepada Akta Perkongsian 1961 serta syarat-syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Share:
Webmaster : aDAM | Copyright © TaatZufi Enterprise | Powered by Blogger
Design by SimpleWpThemes | Blogger Theme by NewBloggerThemes.com